Assalamualaikum wbt,
Syukur...syukur...kami selamat kembali ke tanah air.
Hampir sebulan lebih berumah tangga di Malaysia, baru kini aku berpeluang meng update blog.
Sebelum menyambung kisah aku. Aku nak buat satu pengumuman.
Bahawasanya Masjid yang pertama di Tokushima telah beroperasi. Terima kasih buat semua. Akhirnya ada dah tempat sendiri utk umat Islam di Tokushima. Kalau sebelum ni, Solat Jumat atau Eid kami menumpang di dewan. Tiap kali solat Jumaat, tempat letak kereta di caw Kuramoto penuh dengan kereta, motor dan beskal. Mujur la solat Jumaat di buat lebih kurang pukul 12.30. Memang waktu rehat orang jepun dari 12.00 tgh hingga 12.45. So, tidak la mengganggu sangat tempat letak keretanya.
Perasaan tu rasa terharu bercampur gembira. Terharu kerana ada juga yang sudi utk menderma. Gembira kerana ada dah rumah Allah di Tokushima. Sinar dakwah itu semakin cerah.
Walaupun aku dan hubby tak sempat nak solat kat masjid Tokushima. Insyaallah, ada rezeki kami akan kunjungi semula. Jejak kasih...ceeewah!
Posted at 06:26 pm by
kirei onna