kirei onna
Female
Malaysia

Waktu Jepun


   


<< January 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


Tokushima 1st Mosque Donation Progress




kLiK bg INFO Derma melalui CIMB







If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Lilypie 4th Birthday Ticker
Wednesday, January 02, 2008
Berkampung di Tokyo Disnyeland....

Alhamdulillah, sebaik tiba di tempat letak kereta. Kami pun bukalah bekal sarapan pagi. Roti sandwich dgn teh o panas. Memang syok bila sejuk-sejuk begini dapat pula menghirup minuman panassss......

Selesai je makan, mereka pun pergi lah berjalan  mengarah ke pintu masuk Tokyo Disneyland. Aku, hubby dan Eiyuu tinggal dalam kereta! hehehe....bukannya tak nak masuk. Teringinnnn sangat. Tapi bulan Mac ni kami kene sekali lagi ke Tokyo untuk graduation day hubby. Lagipun kesian gak kat hubby drive satu malam tak tido, pastu nak ajak berjalan dalam Disneyland. Akhirnya, kami anak beranak tido dalam kereta hingga pukul 11.30 pagi...hehehe...

Terpisat- pisat bangun dari tido, aku jengok ke luar tingkap kereta. Dari tadi berduyun-duyun kereta masuk tak berhenti-henti. Kayalah Tokyo Disneyland ni...hehehe...

Selepas makan bento yg di bawa, kami pun pakaikan eiyuu baju tebal2. Letak atas stroller dan mula lah berjalan ke arah train yg berhampiran.

Ke mana kami nak pergi ni???

Akhirnya kami pilih untuk sampai ke Tokyo Station. Besar betul Tokyo Station ni. Keretapi bawah tanah je aku rasa ada 2 atau 3 tingkat. Manusia macam semut. Entah mana datangnya tiba-tiba ramai je....risau gak aku, aku berpaut je kat lengan hubby, takut hilang. Tapi kalau hilang jugak, aku plan cari polis je, pastu tunjuk alien card suh anto balik Tokushima hehehehe....

Dari dalam train aku lihat Tokyo ni, satu bukit pun tarak. Seluas mata memandang hutan batu! Sayang aku tak ambil gambar. Tapi takpe, bulan Mac ni aku pergi lagi....nanti aku amik gambar banyak-banyak! Sebab apa aku tak amik gambar yer....hehehe jakun kot..hahahha sampai lupa nak amik.

Kami biarkan mereka satu famili betul-betul puas bermain dalam Disneyland. Biarlah, bukannya senang nak datang Jepun dan dapat ke Tokyo Disneyland ni...

Bila kami call untuk tanya kabar petang tu, mereka kata dari pagi tadi, baru dapat main 2 game je...sebab kene beratur 2 jam untuk masuk . huk alor, betul la kata rakan sekeje aku, kalau pergi musim perayaan ni, boleh tido 2 jam dulu baru leh main. Apa pulak nasib aku pergi bulan Mac ni....huhuhuhuhu

 

 


Posted at 10:51 pm by kirei onna

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry